Friday 25 May 2012

TIPS Berkomunikasi .

Proaktif adalah berbeza dengan reaktif. Bayangkan kalau kita berada di satu majlis, adakah kita akan menjadi orang pertama mengucap salam ataukah kita hanya menunggu orang lain mengucapkan salam terlebih dahulu? Walaubagaimanapun, proaktif tidak bermakna kita sentiasa pertama dalam melakukan sesuatu, tetapi, sentiasa bersedia melakukan sesuatu yang paling sesuai dengan keadaan. Ini bermakna seseorang yg proaktif akan sentiasa bersedia untuk menukar plan, strategi dan mengawal emosi untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Minda yang proaktif sangatlah sesuai jika dihiasi dengan komunikasi yang proaktif.
Dua tips komunikasi proaktif:
1. Peka dengan cara komunikasi orang lain.
Setiap orang mempunyai gaya komunikasi yang berlainan. Dalam berkomunikasi yang proaktif, ia sangatlah penting untuk kita peka dengan gaya komunikasi pendengar contohnya kelajuan percakapan, isi dan susunan ayat, ekspresi, dan menyesuaikan gaya komunikasi kita dengan mereka seadanya. Kita juga bolehlah menyesuaikan bahasa dan isi percakapan dengan tingkat kecerdasan pendengar. Prinsip ini bersandar kepada hadis Rasulullah,

امرناان نكلم الناس  علىقد رعقولهم
“Kami diperintah supaya berbicara kepada manusia menurut kadar akal (kecerdasan) mereka masing-masing” (HR. Muslim)

Oleh itu dapatlah kita lihat betapa pentingnya untuk seseorang yang proaktif, mempunyai kemampuan komunikasi yang pelbagai.
 
2. Sabar dalam berkomunikasi
Sabar ketika bercakap dan mendengar juga mengelakkan kita daripada tergopoh gapah menghabiskan percakapan sendiri atau menyelit dalam percakapan orang lain. 
Dalam satu hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sesungguhnya Tuhan tidak suka orang seperti itu…yang memutar-belitkan fakta dengan lidah mereka seperti seekor lembu yang memusing-musingkan rumput dengan lidahnya”
Rasulullah juga sentiasa menunggu seseorang untuk habiskan percakapannya terlebih dahulu sebelum memberikan kata-katanya. 
Dengan bersabar, kita akan lebih peka dengan apa yang sedang diperkatakan oleh diri sendiri, oleh itu lebih senang untuk membetulkan sebarang kesilapan percakapan, mengawal emosi dan menyusun isi percakapan. Antara amalan Rasulullah ialah apabila beliau mengucapkan satu kata, beliau mengulangi tiga kali sehingga kata itu difahami. Akhlak ini sememangnya memerlukan kesabaran yang berterusan. 
Secara ringkas, lazimnya kita tidak dapat mengawal komunikasi pihak lain, justeru kesabaran kita sendiri dalam berkomunikasi akan banyak membantu kita menjadi berhikmah dalam penyampaian.
Komunikasi secara efektif sangat penting dalam kehidupan baik kerjaya atau dakwah. Semoga dengan mencontohi Rasulullah SAW, kita dapat mempraktikkan komunkasi efektif yg bukan sahaja berkesan malah menonjolkan akhlak islami.

No comments:

Post a Comment