Thursday 5 July 2012

hari koperasi sekolah

assalamu'alaikum
30 hb Jun 2012,Sabtu-SMA Assaiyidah Khadijah telah mengadakan hari koperasi.Saikhad telah mengabungkan hari koperasi,hari kantin dan hari pengguna menjadi satu.Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Koperasi dan Kepenggunaan.Kemudian,sesi menanam pokok dilakukan.Para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan seperti biasa.Selepas itu,para pelajar diminta untuk ke surau bagi sesi motivasi.Pelbagai gerai yang diadakan.Bagi gerai pengawas,jualan ABC,roti bakar,roti john dan kerongsang laris dijual.Jualan dilakukan dengan menggunakan kupon.Para pelajar beras sungguh gembira.
sekian , terima kasih




hari kashfun natijah

assalamu'alaikum.
27 hb Jun 2012,Rabu-SMA Assaiyidah Khadijah telah mengadakan hari kashfun natijah peringkat sekolah.Hari kashfun natijah ialah hari ibu bapa hadir ke sekolah untuk menandatangani rekod kemajuan anak-anak mereka.Sambutan yang diberikan sangat memuaskan.Namun,masih ada ibu bapa yang tidak hadir atas alasan bekerja.Hari kashfun natijah bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 2 petang.
Sekian.Terima kasih.