Friday 18 January 2013

2013

ASSALAMU'ALAIKUM.
SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR - PELAJAR TINGKATAN 1 SAIKHAD.
SEMOGA ANDA SEMUA MENUNTUT ILMU YANG MANFAAT DARIPADA GURU-GURU DI SAIKHAD.

SAIKHAD~!
 GEMILANG EXCELLENT MUMTAZ~!

Friday 14 September 2012

HARI PENUTUPAN KUKO '12

Assalamu'alaikum sahabat .
Pada 14/9/2012 bersamaan hari Jumaat.Saikhad telah mengadakan sambutan Hari Penutupan Kokurikulum.Tetamu terhomat yang telah merasmikan majlis ini aialah Dato' Wira Hj Ahmad bin Hamzah.Pada waktu pagi gerai2 telah dibuka.Acara yang menyeronokkan ialah pertandingan kawad kaki anta pasukan.Selepas itu,pertunjukkan anjing penyesan telah diadakan di padang SAIKHAD.Pada jam 11 pagi,para pelajar diminta untuk berkumpul di dewan SAIKHAD.Dato' telah memeriksa perbarisan badan uniform.Kemudian,Dato' telah merasmikan Majlis Penutupan Kokurikulum SAIKHAD.





#gambar lebih ada di fb Pengawas Saikhad

SAMBUTAN HARI RAYA

Assalamu'alaikum sahabat yg dirahmati Allah..
alhamdulillah SAIKHAD telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari rabu 12/9/2012.Pada jam 12 tgh hari.Para pelajar diminta untuk ke kantin bg memulakan majlis.Tetamu terhormat yang hadir ialah Encik Mohd Saad ketua PIBG SAIKHAD.Majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada pelajar2 tingkatan 1 dan 2.Pelajar2 dihidangkan dengan ketupat,sate dan rendang.Para pelajar dibenarkan pulang pada jam 2 petang.

#gambar boleh dilihat dalam fb Pengawas Saikhad




Saturday 18 August 2012

SALAM AIDILFITRI.

Assalamu'alaikum kepada para pembaca.
Badan Pengawas dan Unit Disiplin Saikhad ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Jadikan hari raya ini medan untuk kite mngeratkan lagi silaturrahim antara umat Islam.Tidak kira dekat atau jauh,kenal atau tidak dan rapat atau tidak.
Mari kita bersama-sama mensyukuri nikmat Allah ini.
Semoga pelajar-pelajar kelas peperiksaan PMR,SMA,SPM tidak lupa untuk mengulangkaji pelajaran ketika masa beraya.
Sama-sama kita doakan kejayaan mereka.
SALAM AIDILFITRI.


Thursday 16 August 2012

senamerobik 1M1S

assalamu'alaikum.
admin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog pengawas.Berikutan saya sebagai ketua multimedia akan menduduki SPM pada tahun ini.

Selaras satu Malaysia,SMA Assaiyidah Khadijah tidak terlepas daripada aktiviti senamerobik yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kementerian Malaysia.Aktiviti ini bermula pada awal pagi.Aktiviti ini dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Yusof B. Harun.Kemudian,pengetau Saikhad memberikan ucapan kepada warga2 Saikhad.Senamerobik ini telah diketuai oleh ketua pelajar dan beberapa orang pelajar.Pelajar-pelajar kelihatan begitu seronok apabila senamerobik ini diiringi dengan iringan muzik.Aktiviti ini tamat pada jam 10 pagi.Pihak sekolah bermurah hati memberi air kotak percuma kepada para pelajar.Aktiviti ini berjalan dengan lancar atas kerjasama semua pihak.terima kasih.

*gambar boleh lihat di facebook Pengawas Saikhad.

Thursday 5 July 2012

hari koperasi sekolah

assalamu'alaikum
30 hb Jun 2012,Sabtu-SMA Assaiyidah Khadijah telah mengadakan hari koperasi.Saikhad telah mengabungkan hari koperasi,hari kantin dan hari pengguna menjadi satu.Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Koperasi dan Kepenggunaan.Kemudian,sesi menanam pokok dilakukan.Para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan seperti biasa.Selepas itu,para pelajar diminta untuk ke surau bagi sesi motivasi.Pelbagai gerai yang diadakan.Bagi gerai pengawas,jualan ABC,roti bakar,roti john dan kerongsang laris dijual.Jualan dilakukan dengan menggunakan kupon.Para pelajar beras sungguh gembira.
sekian , terima kasih