Saturday 28 April 2012

Forum kepimpinan antarabangsa.

28hb April 2012,Sabtu - Saikhad telah dijemput untuk menghadiri Forum Kepimpinan Antarabangsa yang diadakan di Dewan SMKA Sharifah Rodziah.Forum ini telah dihadiri pengawas2 dari SMA Assaiyidah Khadijah , SMKA Tun Perak , sekolah dari Indonesia.Ahli2 panel yang terlibat ialah Nur Hikmah wakil dari Sherod , Nur Syuhada dari Brunei , Wan Amir Asyraf dari SMKA Syeikh Haji Mohd Said dan Sheila Natasa dari Indonesia.Definisi kepimpinan telah diterangkan oleh Nur Hikmah (KP Sherod).
Selain itu, Sheila Natasa ada menerangkan tentang langkah2 mnerapkan sifat kepimpinan dalam diri sendiri.Antara isi2nya ialah menanamkan ilmu2 agama dalam diri.mengadakan aktiviti2 kepimpinan dan ekspotasi alam.Bagi peranan masyarakat dan negara pula,wakil dari Brunei telah menerangkan beberapa isi.Contohnya mempertimbangkan pendapat yang diberikan pelajar , banyak menganjurkan aktiviti2 kepimpinan.Wan Amir Asyraf pula telah menerangkan implikasi2 kepada masyarakat dan negara.Akhir sekali sesi soal jawab dibuka.
Pengawas2 dan PSS Saikhad membawa pulang ilmu yang baru diperolehinya untuk dimanfaatkan bersama.InsyaAllah kami akan membuat satu anjakan paradikma untuk memastikan Saikhad terus gemilang.Ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah mengundang kami. :)


PENDAFTARAN


PENGAWAS SMKA TUN PERAK

PELAJAR2 SHEROD


PELAJAR2 INDONESIA


AHLI2 PENAL






SHEILA NATASA DARI INDONESIA

NUR SYUHADA DARI BRUNEI

WAN AMIR ASYRAF DARI SMKASHMS

NUR HIKMAH DARI SMKA SHARIFAH RODZIAH

Friday 20 April 2012

kaedah komunikasi yang positif


Komunikasi sesama kita merupakan salah satu seni pembinaan personaliti. Ia termasuklah komunikasi ringkas dengan kawan-kawan dan rakan sekerja yang biasanya membawa impak yang besar kepada hati insan yang mendengarnya.Fokus artikel kali ini adalah alternatif-alternatif yang berkesan yang dapat kita aplikasikan dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi ketika berkomunikasi dengan orang lain.
Selalunya apakah antara ayat-ayat yang kita akan gunakan sekiranya kita mahu meminta pertolongan daripada orang lain atau sekiranya kita ingin meminta tolong dia seseorang membuat sesuatu?
Kebanyakan dari kita , tanpa disedari, selalu mengucapkan dialog tanpa kita fikir kesannya terhadap orang lain, kerana cara itu sering menjadi tabiat kita dari hari ke hari.
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)
Contoh ayat suruhan: Saya nak awak selesaikan minit mesyuarat semalam.
Cara Alternatif: Saya nak minta tolong /perlukan pertolongan awak siapkan minit mesyuarat semalam untuk edaran segera.
Di dalam penyataan ini, kita masih menyatakan kita minta dia melakukan sesuatu(dengan nada yang baik dan bersopan) walaubagaimanapun dalam masa yang sama, kita memberitahunya kenapa ia perlu disiapkan atau dilaksanakan. Kebanyakan kita hanya tahu menyuruh orang lain membuat itu dan ini, tapi kita lupa memberitahu mereka kenapa perkara tersebut perlu dilakukan. Ini menyebabkan, orang lain kadang-kadang berada dalam keadaan kabur dan tidak mengerti permintaan kita.
Jika kita sebagai ketua didalam sebuah organisasi,  tidak salah sekiranya kita menggunakan kedua-dua frasa di atas, namun frasa yang kedua lebih menampakkan sikap anggun atau berhemahnya kita dalam meminta tolong seseorang melakukan tugas. Tapa disedari kita dapat mendidik orang bawahan kita melakukan perkara yang sama terhadap orang lain. Akhirnya aura berhemah ini akan berkembang di sekeliling kita.
Dalam situasi kita menunggu email atau surat daripada seseorang. Kita sering bertanya mereka dengan soalan-soalan sepeti ini:
Contoh: Dah hantar ke email ke? / Kenapa tak hantar lagi?
Dalam keadaan begini kita meletakkan kesalahan kepada orang lain. Sekiranya benar mereka sudah menghantar email tetapi ada masalah teknikal, pasti mereka tersinggung dengan pertanyaan mengapa dan kenapa.
Oleh itu, sebagai alternatif kita boleh cuba bertanya begini:
Saya masih belum terima email yang dijanjikan ... ( ayat seterusnya)
Dalam keadaan kedua, kita merujuk kepada masalah kita iaitu dengan memahami dan membuat sangkaan bahawa mungkin dia telah menghantar dan berlakunya masalah teknikal dan bukannya menuduh orang lain walaupun benar dia masih tidak menghantar email itu kepada kita.
Dengan cara ini, sekiranya benar dia sudah menghantar email, dia akan memberi respon yang responsif dan bukannya defensif. Namun, sekiranya dia masih belum menghantar email tersebut, dia akan segera melakukannya kerana dia dengan sendirinya menyedari bahawa kelambatan dia telah menyebabkan orang lain tertunggu-tunggu.
Ini merupakan cara teguran yang dapat membina personaliti seseorang dengan lebih baik di dalam komunikasi.
Kurangkan bertanya mengapa dan kenapa di dalam komunikasi kecuali kita mahu menghukum seseorang dalam keadaan yang seadilnya, ianya (pernyataan pertama) memang wajar digunakan.
Sentiasa berfikir sekiranya mahu berbicara, dan selalu merujuk ayat itu kepada kita sebelum kita melafazkannya. Dengan berlatih, penguasaan komunikasi akan menjadikan kita lebih berhemah.Usahlah kita sering mencari kesalahan orang lain tetapi gunakanlah pendekatan-pendekatan positif agar dapat memberikan impak yang lebih baik kepada masyarakat.
 "Practice makes perfect".


Sumber imej : Google Image

Thursday 19 April 2012

Call You Soul


Assalamualaikum,
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Pencipta langit dan bumi, Pentadbir sekalian makhluk, Pengutus para Rasul SAW kepada orang-orang yang mukallaf, untuk memberikan hidayah kepada mereka dan menerangkan syari'at agama, dengan dalil-dalil yang putus (yang yakin)serta bukti-bukti yang jelas. Saya memuji -Nya atas segala nikmat-Nya dan saya berdo'a kepada-Nya tambahan kurniaan-Nya dan kemurahan-Nya.
Penyatuan antara roh manusia dan pencipta jasad ini iaitu Allah ternyata berlaku setiap masa . Dalam pembahagian masa yang teratur , biarpun kadangkala ternyata kita alpa dengan dunia namun hati dan roh kita masih bersama Allah.
Kenyataan ini terhasil dari suatu produksi kehidupan dan keadaan persekitaran.
Pepohon,rumput menghijau,dedaun jatuh berguguran,hujan turun tanpa diundang pastinya memberi kesan tersendiri terhadap pandangan manusia .
Jika manusia ini sering memperhatikan apa yang terjadi , memperhatikan setiap yang berlaku , sudah pastinya biarpun disaat kita lupa akan Allah tentu akan terdetik walau sedikit untuk mengingati Allah jika kita memandang setiap pergerakan Alam.Itu baru cerita alam ini...
Semuanya ada kaitan dengan roh dan jasad kita.
Kita sedar pengakhiran kita pastinya akan ditanam di dalam tanah , ditempatkan di liang lahad yang mana disitulah bermulanya persoalan dari malaikat mungkar dan nangkir.Jasad kita akan disemadikan di dalam "tanah" .Sungguh jelas , kita ini terlalu berkait rapat dengan pengerakan dunia , pengerakan masa , tingkah laku alam ,segalanya ada pada diri dan jasad kita.

Sedar , kita wajib sedar ....sebenarnay wahai manusia,Kita adalah sebahagian dari struktur bumi.Kita dijadikan dari tanah , dari mulanya penciptaan Nabi Adam yang merupakan nenek moyang kita.Manusia pertama itu dijadikan dari struktur asas bumi iaitu TANAH.
Manusia , antara rohani dan jasad .Rohani dipanggil ROH yang bererti
Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri (nafs). Di dalam nafs (diri) manusia ada yang selalu tahu, iaitu Aku. Iaitu Roh manusia yang menjadi saksi atas segala apa yang dilakukan nafsinya (diri). Ia mengetahui kebohongan dirinya (nafs), kemunafikan, rasa angkuhnya, dan rasa kebencian hatinya. Kerana itu sang roh disebut min Amri rabbi - selalu mendapatkan intruksi-instruksi Tuhan-Ku. Mengapa demikian, - kerana ia tidak pernah mengikuti kehendak nafsunya dan tidak pernah menyetujuinya tanpa kompromi sedikitpun. Ialah disebut fitrah yang suci, dan fitrah manusia selalu seiring dengan fitrah Allah 
Roh , ada di dalam jasad manusia . Roh itu mengikut fitrah dan fitrah manusia itu akan berkehendakkan Allah dan akan sentiasa mengikuti perintah Allah .
Mengingati Allah dalam setiap urusan dan memandang sesuatu dengan terasa kesan di dalam roh mereka akan kekuasan Allah.Maka apakah kita masih tidak sedar yang kini manusia sudah rosak ROH mereka?..
Terbukti di sekeliling kita , perbuatan dosa dengan tingkah laku biadap manusia pada Allah .Cukup angkuh dan menjadi semakin berleluasa perasaan takbur pada Allah . Mereka ini pastinya dikawal oleh kemahuan iaitu An-Nafs.
Pertama, Nafs yang berkaitan dan tumpuan syahwat atau hawa (hawa berasal dari bahasa Arab yang tercantum dalam Alqur'an, wanaha An nafsa 'anil hawa - dan ia menahan dirinya (fiziknya) dari keinginannya (hawanya) ( An Nazi\'at :40-41).
Iaitu hawanya mata, hawanya telinga, hawanya mulut, hawanya kemaluan, hawanya otak dan lain-lain. Hawa-hawa atau syahwat, selalu berkecenderungan kepada asal kejadiannya iaitu sari pati tanah - dengan demikian An nafs bererti fizik (tanah yang diberi bentuk). Dia akan bergerak secara naluri mencari bahan-bahan unsur asal fiziknya, ketika kekurangan energi atau kekurangan unsur-unsur asalnya maka ia akan segera mencari atau secara naluri ia akan berkata, saya lapar, saya haus !!
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari ekstrak yang berasal dari tanah."
(QS. Al Mukminun:12)
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari Lumpur hitam yang berstruktur (berbentuk), maka apabila Aku telah meniupkan kepadanya Roh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud."
(QS. Al Hijir: 28-29)
Kedua, An Nafs bererti : Jiwa , - jiwa mempunyai beberapa sifat, nafs lawwamah (pencela), nafs muthmainnah (tenang), Nafs Ammarah bissu' (sentiasa menyuruh berbuat jahat).
Yaa ayyatuhannafsul muthmainnah  (QS. Al Fajr : 27-28)
Wala uqsimu binnafsil lawwamah (QS. Al Qiyamah:2)
Wama ubarriu nafsii, innannafsa laammaratun bissuu' (QS. Yusuf:53)
Sedangkan Qalb, ertinya sifat jiwa yang berubah-ubah, tidak tetap. Terkadang ia bersifat muthmainnah, kadang juga lawwamah, atau berubah menjadi ammarah bissuu'
Watak seperti inilah yang dimaksud dengan QALB (berbolak-balik), jadi keliru kalau dikatakan qalb itu adalah wujud kerana dia bukan jiwa, akan tetapi merupakan sifatnya jiwa yang selalu berubah-rubah. Jiwa yang mempunyai sifat berubah-rubah inilah, dinamakan Qalbun !! sedangkan jiwa yang selamat disebut Qalbun salim (selamat dari sifat yang berubah-rubah) -

illa man atallaha biqalbin saliim - kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat. (QS. Asy Syura: 89)
An nafs (jiwa ) memiliki alat-alat, Pikiran, Perasaan, Intuisi, Emosi, dan Akal. Sedangkan An Nafs (fizik ) memiliki alat-alat : Penglihatan ( mata ), Pendengaran (telinga), Perasa (lidah), Peraba, Penciuman (hidung).
Semua ini terbentuk dan sudah lama bertapak di dalam jasad.Jasad kita.Sebaik-baik jasad ialah punyai ROH yang berkualiti , yang mengingati Allah dan yang mampun menjauhi dari tindakan mahupun serangan yang dilakukan oleh Nafs.
Saudara dan saudariku sekalian , sila angkat tangan bagi sesiapa yang tidak diciptakan dari tanah adakah..?.Memang , memang manusia dijadikan dari tanah , kelayakan kita hanya untuk Allah.
Tidak susah untuk dekatkan diri dengan Allah , cukup mudah.Lihat dunia sekeliling , lihat sahaja pengerakan dunia , anda akan dapat sentiasa dekat dengan Allah Aza Wajalla.Kerna kita sebahagian dari bumi , roh kita pasti begitu sebati dengan bumi ..
Antara sebati dengan "baik" atau campuran yang sebati itu tercampur dengan campuran yang "salah" . Itulah yang menjadi pengukur antara kepandaian minda dan kepadaian iman manusia.
SubhanaAllah , Allah memang hebat. Dunia memang permainan , dunia itu ujian manusia . Tetapi ia mampu menjadi sahabat yang baik buat kita andai kita bersahabat dengan kalimah Allah.
Roh dan Jasad , sebatian dan campuran yang terbaik buat umat Muhammad .
Sentiasa hubungkan rohmu dengan Tuhannya,kerana suatu hari dia akan kembali menemui Penciptanya..
Wallahuahlam'

Biodata Penulis

Azri Al Fateh Merupakan mahasiswa politeknik kuching sarawak mengambil jurusan engineering automotif.Beliau berkongsi karya di http://mujahidsiswa.blogspot.com.

Wednesday 4 April 2012

Indahnya Ber’usrah’: Ada yang Menggelarnya “Bulatan Gembira”


Apa yang membuatkan kami gembira dan berbunga? Usrah itu sebenarnya "keluarga". Jujur sebelum ini tidak pernah saya ambil peduli. Usrah untuk mereka yang alim-alim, untk mereka yang solehah, sempurna, bertudung labuh, bukan untuk saya.
Tidak pernah saya rasakan ukhwah di dalam keluarga usrah, tidak pernah saya rasakan kejujuran bersahabat kerana Allah.Tidak pernah saya sangka dengan izin Allah ianya memberi saya kekuatan untuk merubah serba sedikit diri yang serba dhaif ini. Bagaimana? Dengan keprihatinan, sokongan dan semangat ukhwah mengingatkan antara satu dengan lain mengenai perkara-perkara baik dengan penuh kasih dan hikmah.
Dengan contoh dari naqibah, bagaimana akhlak, ilmu dan kehidupan sehariannya disulami nilai-nilai Islam yang saya sangkakan sebelum ini hanya mainan bibir para ilmuwan. "Mana mungkin boleh hidup dengan nilai Islam sepenuhnya, di zaman ini" "Saya sudah bersolat 5 waktu, sudah bertudung, sudahlah!" Silapnya saya. Jahilnya saya. Saya baru seorang Muslim.
Belum saya fahami konsep Mu'min. TIdak saya sedar menjadi seorang yang beriman adalah dengan menjadi seorang Muslim dan masuk ke dalam agama Islam ini SEPENUHNYA.
BUkan setengah jalan, sekerat langkah dan separuh hati. Kerana menjadi seorang Muslim itu mestilah dengan sepenuh hati, jiwa dan raga. Segala niat DAN perbuatan perlu dizahirkan. Masih ada yang beranggap 'yang penting' niat? Memang niat itu penting, namun niat perlulah disusuli dengan perbuatan.

Setiap manusia jalan hidupnya sudah tertulis, ada manusia hidayahnya diberi Allah seawal usia. Faktor persekitaraan, pendidikan dan rahsia dari Allah kadangkala tidak boleh kita persoalkan, segalanya ada sebab musabab yang tersendiri.
Tersasarnya saya sewaktu remaja dahulu ada sebabnya. Kembalinya saya sebagai seorang Muslim yang mahu beriman sepenuhnya juga bersebab. Sebab itu mungkin tidak mampu pun untuk saya fahami. Walau saya cuba berfikir mengenai segala hikmah disebalik kejadian dalam hidup saya.
Kata-kata naqibah saya yang cukup saya sayangi tersemat di hati. "Tidak cukup menjadi seorang Muslim, kita mestilah menjadi seorang Muslim yang beriman" katanya. "Tidak cukup beriman saja, namun kita mesti beriman dan berilmu". "TIdak cukup kita menjadi Muslim beriman yang berilmu, namun kita mesti beramal dengan ilmu itu". "Dan tidak cukup kita beramal kita mesti ikhlas dalam segala amalan"
MasyaAllah. Sudahkah saya beriman,berilmu, beramal dan ikhlas? Sering saya tanya pada diri. Belum, belum sepenuhnya. Kata naqibah – ikhlas itu rahsia di antara Allah dan hambanya, malaikat pun tidak tahu. Dan ikhlas adalah motivasi terbaik seorang Mu'min.
Orang-orang yang ikhlas jarang atau hampir tiada perasaan sesal, kesal, mengeluh, sakit hati, murung, sedih.. kerana mereka... ya , Ikhlas! Ikhlaslah yang menjadi motivasi para Nabi, Rasul dan orang-orang Soleh untuk terus melakukan kebaikan meskipun dicerca, disakiti dan dihina.
Hanya 'kita', diri kita sendiri dapat rasakan ikhlas dalam hati, satu perasaan sayu dan redha , satu perasaan yang membuatkan kita terhenti dan terfikir tatkala kita melakukan sesuatu. "Semua ini kerana Mu Ya Allah".
Segala yang kita lakukan didalam hidup ini mampu dijadikan ibadah, setiap nafas yang dihirup, waktu tidur juga waktu jaga, waktu makan dan waktu lapar, tatkala mandi meskipun kata-kata di FB misalnya. Semuanya boleh dijadikan ibadah.
Ya, segala kebaikan yang ikhlas kerana Allah semuanya mampu dijadikan ibadah. Tapi sayang, Ibadah dipandang begitu sempit sekali. Hanya solat, puasa, zakat, Cuma di atas sejadah saja!
Setiap titipan dan nasihat naqibah dapat saya rasakan keikhlasannya. Kerana tujuan usrah itu sendiri adalah untuk sama-sama tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam.
Sama-sama mengingatkan dan berpesan-pesan. Untuk meningkatkan ukhwah dan kecintaan Islam. Di dalam Al-Quran selain surah Al-Asr 103:3 yang mengingatkan supaya kita sentiasa saling mengingati dan berpesan kepada kebenaran dengan sabar, Allah berfirman dalam surah Az-Zariyat 51:55, bahawa peringatan itu amat perlu dan berguna bagi orang-orang Mu'min.
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesunghnya peringatan itu bermanafaat bagi orang- orang mukmin"Maka, di dalam keluarga usrah ini, kami mencari semangat untuk menjadi Mu'min yang lebih baik dengan saling mengingatkan. Kali pertama saya hadir, (tak ramai pun yang hadir) saya bertanya pada diri, apa yang bakal saya perolehi? Adakah perlu saya laburkan 'masa' ini, dan bersusah susah ke sini.
Untuk apa? Objektif, motif, rasionalnya apa?. Aduh banyaknya persoalan. Tamaknya kita dengan diri sendiri untuk memperbaiki diri. Banyaknya alasan boleh diberi, sibuk, (semua orang sibuk, kadangkala terasa seolah diri sendiri saja yang paling sibuk) ada hal, anak tiada yang jaga.
Kemudian saya tersedar dari lamunan, Naqibah ini, iaitu guru saya ini, sanggup datang kemari, walaupun dia jauh lebih sibuk, tanpa meminta bayaran untuk mengajar dan memperbaiki diri kami, dan saya pula yang mahu berkira dengan masa saya.
Sunguh tidak bersyukur! Berapa banyak peluang yang telah diberi kita sia-siakan, memberi segunung tinggi alasan? Kehidupan dan kesibukan dunia dijadikan alasan.
Tersenyum saya tatkla naqibah mengingatkan, dunia ini tak perlu orang ingatkan! Memang kita sentiasa akan ingat! Kerana dunia ini sudah dihadapan mata bukan? Akhirat itulah yang perlu diingatkan selalu.
Fitrahnya insan ini pelupa jahil dan lalai. Maka peringatan tentang akhirat ini amat wajar.
Risaulah jika hari silih berganti dan tiada langsung peringatan diberi. Makanya usrah ini, antara salah satu medium dimana tatkala kami bersila dalam bulatan gembira ini, akhirat dan hakikat penciptaan jin dan manusia diulang kembali, lagi dan lagi.
Asas aqidah, tauhid, ibadah, sirah ,serta bertadabbur dengan Quran benar-benar menyentuh jiwa.Peringatan untuk tidak berfikir buruk mengenai orang lain, untuk memperbaiki amalan, memahami tujuan penciptaan, berwaspada dengan tipuaan syaitan dan bersama di waktu susah dan senang tidak mampu dijual beli dengan wang ringgit.
Ukhwah yang terbina ini terlalu berharga. Berukhwah kerana Allah sepenuhnya, bukan sebab material atau dunia yang lain.
Memang hakikat kehidupan dunia moden kapatilis ini, kita biasanya meletakkan kepentingan diri dahulu. Kepentingan diri diambil kira melebihi kepentingan orang lain.
Dunia moden amat kompetitif dan individualistik. Makanya saya hairan bagaimana masih ada manusia yang sanggup "memberi" tanpa meminta balasan kerana mencari keredhaan Allah.
Ya, masih ramai insan begitu, cuma saya sahaja yang tidak tahu. Dan semangat memberi itu kini sudah terpercik pada kami. Benarlah peringatan yang senantiasa diberikan, kita pasti akan terpengaruh dengan rakan kita, lihatlah dengan siapa kita berkawan. Maka di dalam keluarga usrah ini, percikan minyak wangi akhirnya terkena pada diri kami semua. Sipi-sipi sudah bau harumannya. Indah bukan?
Namun perubahan tidak terbina dengan sekelip mata. Bukan satu dua sesi sudah berubah semuanya. Ada diantara ahli keluarga ini, pergi meninggalkan kita dan tidak kembali lagi, (bukan meninggal dunia namun tidak berminat lagi) ada yang datang sekali dua, namun yang tinggal komited itulah telah ditakdirkan oleh Allah untuk bersama. Membuang prasangka, memperbaiki diri dan membersihkan hati ini adalah satu proses berterusan.
Usrah cuma batu loncatan. Ilmu selebihnya perlu dicari ditempat lain. Namun di dalam bulatan keluarga usrah yang gembira ini, ianya menyedarkan diri dimana kurangnya kita. Yang perlu membetulkan tajwid pergi mengaji semula,yang sudah lama meninggalkan Quran mula membacanya kembali, yang tudungnya singkat dilabuhkan ke dada, yang berfikir mengenai diri sendiri sudah mula mahu memberi.
Fitrahnya kita semua mahu berbuat baik, dan kita semua mahu menyembah. Jika tidak menyembah Allah maka kerana fitrah menyembah ini, kita terdorong untuk menyembah sesuatu yang lain, iaitu harta, pangkat, rupa, lelaki atau wanita, material mahupun diri sendiri! Kembali kepada fitrah menyembah Allah ini adalah kebahagian sebenar dan hakiki.
Belum, saya masih jauh perjalanan. Belum, saya belum sempurna. Namun saya mahu mencari kesempurnaan itu. Terima kasih Usrah dan keluarga bulatan gembira ku! Terima kasih kerana mengingatkan! Quran kini dibawa kemana saja saya pergi, saya mula membaca dan menghafal ayat Quran kembali.
Saya cuba menyemadikan Quran di dalam jiwa ini. Antara tiga ayat pertama yang saya hafal kembali yang memberi impak pada hidup saya dan ingin saya kongsi:-
"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Dan negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahui" (Quran 29:64)
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada ku" (Quran 51:56)
"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan solat itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (Quran 2:45)
Mari berusrahlah semua! Inilah dia bulatan gembira yang tidak boleh dijual beli, hiburan hati yang sejati! Cari bulatan gembira anda juga agar hati ini berbunga kembali. Usrah wajar dijadikan santapan mingguan untuk rohani. Berbunga dengan minda dan jiwa yang lebih dekat dengan Ilahi!
Wardina adalah antara selebriti popular terkenal Malaysia. Wajahnya dikenali ramai, personalitinya cukup disenangi. Wardina dikenali dan sinonim dengan imej seorang ibu yang prihatin dan sering menjadi ikutan ramai remaja wanita dan ibu muda. Di sebalik kelembutannya, Wardina juga dikenali sebagai seorang lantang dan tegas bersuara. Wardina tidak gentar dalam membicarakan apa yang benar. Beliau banyak menulis dihttp://www.wardinasafiyyah.com.