Saturday 18 August 2012

SALAM AIDILFITRI.

Assalamu'alaikum kepada para pembaca.
Badan Pengawas dan Unit Disiplin Saikhad ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Jadikan hari raya ini medan untuk kite mngeratkan lagi silaturrahim antara umat Islam.Tidak kira dekat atau jauh,kenal atau tidak dan rapat atau tidak.
Mari kita bersama-sama mensyukuri nikmat Allah ini.
Semoga pelajar-pelajar kelas peperiksaan PMR,SMA,SPM tidak lupa untuk mengulangkaji pelajaran ketika masa beraya.
Sama-sama kita doakan kejayaan mereka.
SALAM AIDILFITRI.


Thursday 16 August 2012

senamerobik 1M1S

assalamu'alaikum.
admin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog pengawas.Berikutan saya sebagai ketua multimedia akan menduduki SPM pada tahun ini.

Selaras satu Malaysia,SMA Assaiyidah Khadijah tidak terlepas daripada aktiviti senamerobik yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kementerian Malaysia.Aktiviti ini bermula pada awal pagi.Aktiviti ini dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Yusof B. Harun.Kemudian,pengetau Saikhad memberikan ucapan kepada warga2 Saikhad.Senamerobik ini telah diketuai oleh ketua pelajar dan beberapa orang pelajar.Pelajar-pelajar kelihatan begitu seronok apabila senamerobik ini diiringi dengan iringan muzik.Aktiviti ini tamat pada jam 10 pagi.Pihak sekolah bermurah hati memberi air kotak percuma kepada para pelajar.Aktiviti ini berjalan dengan lancar atas kerjasama semua pihak.terima kasih.

*gambar boleh lihat di facebook Pengawas Saikhad.