Thursday 21 June 2012

Hakikat bersaudara.

Datangnya Islam membawa sinar kepada kaum muslimin di Mekah dan di Madinah. Kaum Ansar dan Muhajirin walau berlainan negara namun bersatu dalam satu aqidah yang sama. Malah, kaum Aus dan Khazraj juga  menjadi saudara dengan adanya sinaran Islam sebagai cara hidup yang sempurna.
Begitulah tarbiyah Rasulullah SAW.  Pendeketan baginda sebagai pemimpin negara sungguh  lembut dan berhikmah. Baginda berjaya menyatukan dua hati yang dulunya selalu bermasam muka namun menjadi saudara, saling mencintai kerana Allah dan RasulNya.
Sedangkan kita pada waktu ini terlalu banyak sengketa walaupun satu bangsa apatah lagi satu agama.
Di kaca televisyen, di corong radio ada sahaja berita dan khabar yang melagakan saudara yang lain. Cerita yang kurang enak disebarkan malah ada yang sanggup menjaja fitnah serata dunia semata-mata menegakkan pandangan dan fahaman yang diyakini.
Taksub dengan apa yang di bawa, sehingga dengan mudahnya mencanang maruah saudaranya tanpa ada rasa berdosa. Hasad dan dengki yang tertanam dalam diri, menyemarakkan lagi kebencian di dalam hati saudara-saudara yang lain. Bahagia apabila berjaya mencalar maruah saudara yang dibenci. Malah merasa lebih bahagia jika orang lain juga turut sama mencaci.
Ada pula yang merasa seronok dan terhibur dengan berkongsi cerita di lama social terkemuka. Tidak tahu sejauh mana kebenarannya namun masih tegah mempromosinya agar semua yang membaca akan turut sama merasa benci dan dengki...
Mungkin kita sudah lupa sesuatu... Titipan mutiara pesanan Rasulullah yang sangat berharga.. Rasulullah saw berpesan yang bermaksud: 
"Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong.  Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke'aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama).  Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara"  - (Hadis riwayat Bukhari)
Inilah hakikatnya dunia hari ini. Jauh berbeza dengan zaman para sahabat dan tabi'in. Apatah lagi di zaman baginda, Rasulullah SAW. Zaman dahulu manusia banyak diamnya banyak amalnya. Hanya berkata apabila perlu dan penting. Hanya akan diam pada perkara yang tidak tahu dan tidak pasti akan kebenarannya.
Sabda baginda lagi, daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya:
"Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam." - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Mungkin bukan sekali dua kita juga pernah melakukannya. Menyebarkan sesuatu yang tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Nilai persaudaraan kita kikis tanpa kita menyedarinya ...
Kita lupa kebaikan saudara kita tatkala kemarahan kita menjadi raja..
Kita abaikan pengorbanan saudara kita ketika kita sudah berada di kemuncak jaya..
Kita ketepikan saudara yang banyak berbudi ketika kita dihujani dengan puja dan puji..
Tanyalah iman dalam diri... Hebatkah kita?

gambar hiasan semata-mata

Menjelang hari sukan SAIKHAD 2012

assalamu'alaikum
para pelajar Saikhad sedang sibuk menjalankan latihan rumah sukan.Latihan bermula pada minggu lepas.Pihak pentadbir telah menetapkan bahawa pada hari rabu,rumah sukan biru dan merah.Manakala pada hari khamis,latihan bagi rumah kuning dan hijau.Acara yang dilakukan ialah lompat jauh,larian 100meter,400meter dan lontar peluru.Semua guru-guru dan pelajar memberi kerjasama dgn. cemerlang.
Terima kasih.