Friday, 6 July 2012
Thursday, 5 July 2012
hari koperasi sekolah
assalamu'alaikum
30 hb Jun 2012,Sabtu-SMA Assaiyidah Khadijah telah mengadakan hari koperasi.Saikhad telah mengabungkan hari koperasi,hari kantin dan hari pengguna menjadi satu.Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Koperasi dan Kepenggunaan.Kemudian,sesi menanam pokok dilakukan.Para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan seperti biasa.Selepas itu,para pelajar diminta untuk ke surau bagi sesi motivasi.Pelbagai gerai yang diadakan.Bagi gerai pengawas,jualan ABC,roti bakar,roti john dan kerongsang laris dijual.Jualan dilakukan dengan menggunakan kupon.Para pelajar beras sungguh gembira.
sekian , terima kasih
30 hb Jun 2012,Sabtu-SMA Assaiyidah Khadijah telah mengadakan hari koperasi.Saikhad telah mengabungkan hari koperasi,hari kantin dan hari pengguna menjadi satu.Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Koperasi dan Kepenggunaan.Kemudian,sesi menanam pokok dilakukan.Para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan seperti biasa.Selepas itu,para pelajar diminta untuk ke surau bagi sesi motivasi.Pelbagai gerai yang diadakan.Bagi gerai pengawas,jualan ABC,roti bakar,roti john dan kerongsang laris dijual.Jualan dilakukan dengan menggunakan kupon.Para pelajar beras sungguh gembira.
sekian , terima kasih
hari kashfun natijah
assalamu'alaikum.
27 hb Jun 2012,Rabu-SMA Assaiyidah Khadijah telah mengadakan hari kashfun natijah peringkat sekolah.Hari kashfun natijah ialah hari ibu bapa hadir ke sekolah untuk menandatangani rekod kemajuan anak-anak mereka.Sambutan yang diberikan sangat memuaskan.Namun,masih ada ibu bapa yang tidak hadir atas alasan bekerja.Hari kashfun natijah bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 2 petang.
Sekian.Terima kasih.
27 hb Jun 2012,Rabu-SMA Assaiyidah Khadijah telah mengadakan hari kashfun natijah peringkat sekolah.Hari kashfun natijah ialah hari ibu bapa hadir ke sekolah untuk menandatangani rekod kemajuan anak-anak mereka.Sambutan yang diberikan sangat memuaskan.Namun,masih ada ibu bapa yang tidak hadir atas alasan bekerja.Hari kashfun natijah bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 2 petang.
Sekian.Terima kasih.
Thursday, 21 June 2012
Hakikat bersaudara.
Datangnya Islam membawa sinar kepada kaum muslimin di Mekah dan di Madinah. Kaum Ansar dan Muhajirin walau berlainan negara namun bersatu dalam satu aqidah yang sama. Malah, kaum Aus dan Khazraj juga menjadi saudara dengan adanya sinaran Islam sebagai cara hidup yang sempurna.
Begitulah tarbiyah Rasulullah SAW. Pendeketan baginda sebagai pemimpin negara sungguh lembut dan berhikmah. Baginda berjaya menyatukan dua hati yang dulunya selalu bermasam muka namun menjadi saudara, saling mencintai kerana Allah dan RasulNya.
Sedangkan kita pada waktu ini terlalu banyak sengketa walaupun satu bangsa apatah lagi satu agama.
Di kaca televisyen, di corong radio ada sahaja berita dan khabar yang melagakan saudara yang lain. Cerita yang kurang enak disebarkan malah ada yang sanggup menjaja fitnah serata dunia semata-mata menegakkan pandangan dan fahaman yang diyakini.
Taksub dengan apa yang di bawa, sehingga dengan mudahnya mencanang maruah saudaranya tanpa ada rasa berdosa. Hasad dan dengki yang tertanam dalam diri, menyemarakkan lagi kebencian di dalam hati saudara-saudara yang lain. Bahagia apabila berjaya mencalar maruah saudara yang dibenci. Malah merasa lebih bahagia jika orang lain juga turut sama mencaci.
Ada pula yang merasa seronok dan terhibur dengan berkongsi cerita di lama social terkemuka. Tidak tahu sejauh mana kebenarannya namun masih tegah mempromosinya agar semua yang membaca akan turut sama merasa benci dan dengki...
Mungkin kita sudah lupa sesuatu... Titipan mutiara pesanan Rasulullah yang sangat berharga.. Rasulullah saw berpesan yang bermaksud:
"Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke'aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama). Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara" - (Hadis riwayat Bukhari)
Inilah hakikatnya dunia hari ini. Jauh berbeza dengan zaman para sahabat dan tabi'in. Apatah lagi di zaman baginda, Rasulullah SAW. Zaman dahulu manusia banyak diamnya banyak amalnya. Hanya berkata apabila perlu dan penting. Hanya akan diam pada perkara yang tidak tahu dan tidak pasti akan kebenarannya.
Sabda baginda lagi, daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya:
"Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam." - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Mungkin bukan sekali dua kita juga pernah melakukannya. Menyebarkan sesuatu yang tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Nilai persaudaraan kita kikis tanpa kita menyedarinya ...
Kita lupa kebaikan saudara kita tatkala kemarahan kita menjadi raja..
Kita abaikan pengorbanan saudara kita ketika kita sudah berada di kemuncak jaya..
Kita ketepikan saudara yang banyak berbudi ketika kita dihujani dengan puja dan puji..
Tanyalah iman dalam diri... Hebatkah kita?
| gambar hiasan semata-mata |
Menjelang hari sukan SAIKHAD 2012
assalamu'alaikum
para pelajar Saikhad sedang sibuk menjalankan latihan rumah sukan.Latihan bermula pada minggu lepas.Pihak pentadbir telah menetapkan bahawa pada hari rabu,rumah sukan biru dan merah.Manakala pada hari khamis,latihan bagi rumah kuning dan hijau.Acara yang dilakukan ialah lompat jauh,larian 100meter,400meter dan lontar peluru.Semua guru-guru dan pelajar memberi kerjasama dgn. cemerlang.
Terima kasih.
para pelajar Saikhad sedang sibuk menjalankan latihan rumah sukan.Latihan bermula pada minggu lepas.Pihak pentadbir telah menetapkan bahawa pada hari rabu,rumah sukan biru dan merah.Manakala pada hari khamis,latihan bagi rumah kuning dan hijau.Acara yang dilakukan ialah lompat jauh,larian 100meter,400meter dan lontar peluru.Semua guru-guru dan pelajar memberi kerjasama dgn. cemerlang.
Terima kasih.
Friday, 25 May 2012
Cara Atasi Gementar !
Pengucapan merupakan satu kaedah berkomunikasi secara lisan. Ia boleh dilakukan di dalam situasi yang terancang seperti tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan.
Pengucapan awam yang baik memerlukan seseorang perucap yang berpengetahuan (menguasai bidang, berpengetahuan luas dan sensitif pada topik), berkemahiran berucap (berkeupayaan untuk mengawal dan menarik perhatian audien kepada ucapannya) berkeyakinan (yakin terhadap diri, persediaan dan penguasaan topik) dan memperlihatkan peribadi/perwatakan yang baik (audien menilai perucap termasuk cara berpakaian, berjalan ke tempat ucapan gerak geri fizikal dan lain-lain).
Tips 1: Biasakan dengan ruang atau tempat berhujah.
Bagi membiasakan diri, datang awal ke tempat tersebut dan berlegar-legar di tempat sepatutnya anda akan berdiri dan memberi ucapan. Sekiranya kemudahan tersedia seperti pembesar suara, tiada salahnya anda mencuba kelantangan suara anda.
Tips 2:Kenalpasti Penonton
Ucapkan salam kepada tetamu yang tiba. Berbual mesra dengan mereka sebelum anda diminta berucap bagi membiasakan diri. Apabila anda sudah kenal mesra, perasaan gementar akan beransur berkurang apabila anda berdiri di depan mereka nanti.
Tips 3:Fahami isu yang akan diucap atau dibentangkan.
Sekiranya anda tidak biasa atau kurang selesa dengan isu anda, perasaan gementar akan bertambah. Oleh yang demikian, buat latihan berucap sebelum tiba waktunya.
Tips 4:Bersantai
Jangan terlalu memikirkan bagaimana persembahan anda nanti, jika tidak anda hanya akan memberi tekanan pada diri sendiri. Apabila ini berlaku badan anda tidak mendapat rehat secukupnya.
Tips 5:Bayangkan diri anda sedang berucap
Bayangkan anda sedang memberi ucapan dengan nada suara yang jelas, kuat dan menyakinkan. Apabila anda membayangkan kejayaan anda berucap, anda akan berasa lebih bersemangat dan pastinya akan berjaya.
Tips 6: Yakini diri bahawa orang lain mahun anda berjaya menyampaikan ucapan.
Penonton biasanya mahukan sesuatu yang baru, bermaklumat, menarik dan menghiburkan ketika mendengar ucapan. Sekiranya persembahan dan ucapan anda mempunyai kriteria ini pastinya anda akan berjaya.
Tips 7:Jangan Memohon Maaf
Sekiranya anda menyatakan kegentaran atau memohon maaf kepada apa sahaja kesilapan yang anda lakukan sepanjang berucap, anda akan membuatkan penonton mengimbas kembali persembahan dan cuba mengenal pasti dimanakan kesilapan tersebut, Jangan sekali-kali melakukan perkara itu.
Tips 8:Tumpukan perhatian kepada isu utama
Fokuskan perhatian anda kepada isu utama bukan perkara-perkara yang remeh. Pastikan anda beri penekanan yang jelas terhadap perkara tersebut.
Tips 9:Tukarkan perasaan gementar kepada Tenaga Positif
Kekuatan dalaman akan menukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif dengan cara memberi perangsang kepada diri bahawa anda boleh melakukannya.
Tips 10:Kutip Pengalaman
Pengalaman lama membina keyakinan diri dan ini adalah kunci kejayaan anda semasa memberi ucapan. Apa yang paling utama anda digalakkan membaca doa bagi menghilangkan perasaan gementar.
TIPS Berkomunikasi .
Proaktif adalah berbeza dengan reaktif. Bayangkan kalau kita berada di satu majlis, adakah kita akan menjadi orang pertama mengucap salam ataukah kita hanya menunggu orang lain mengucapkan salam terlebih dahulu? Walaubagaimanapun, proaktif tidak bermakna kita sentiasa pertama dalam melakukan sesuatu, tetapi, sentiasa bersedia melakukan sesuatu yang paling sesuai dengan keadaan. Ini bermakna seseorang yg proaktif akan sentiasa bersedia untuk menukar plan, strategi dan mengawal emosi untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Minda yang proaktif sangatlah sesuai jika dihiasi dengan komunikasi yang proaktif.
Dua tips komunikasi proaktif:
1. Peka dengan cara komunikasi orang lain.
Setiap orang mempunyai gaya komunikasi yang berlainan. Dalam berkomunikasi yang proaktif, ia sangatlah penting untuk kita peka dengan gaya komunikasi pendengar contohnya kelajuan percakapan, isi dan susunan ayat, ekspresi, dan menyesuaikan gaya komunikasi kita dengan mereka seadanya. Kita juga bolehlah menyesuaikan bahasa dan isi percakapan dengan tingkat kecerdasan pendengar. Prinsip ini bersandar kepada hadis Rasulullah,
امرناان نكلم الناس علىقد رعقولهم“Kami diperintah supaya berbicara kepada manusia menurut kadar akal (kecerdasan) mereka masing-masing” (HR. Muslim)
Oleh itu dapatlah kita lihat betapa pentingnya untuk seseorang yang proaktif, mempunyai kemampuan komunikasi yang pelbagai.
2. Sabar dalam berkomunikasi
Sabar ketika bercakap dan mendengar juga mengelakkan kita daripada tergopoh gapah menghabiskan percakapan sendiri atau menyelit dalam percakapan orang lain.
Dalam satu hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya Tuhan tidak suka orang seperti itu…yang memutar-belitkan fakta dengan lidah mereka seperti seekor lembu yang memusing-musingkan rumput dengan lidahnya”
Rasulullah juga sentiasa menunggu seseorang untuk habiskan percakapannya terlebih dahulu sebelum memberikan kata-katanya.
Dengan bersabar, kita akan lebih peka dengan apa yang sedang diperkatakan oleh diri sendiri, oleh itu lebih senang untuk membetulkan sebarang kesilapan percakapan, mengawal emosi dan menyusun isi percakapan. Antara amalan Rasulullah ialah apabila beliau mengucapkan satu kata, beliau mengulangi tiga kali sehingga kata itu difahami. Akhlak ini sememangnya memerlukan kesabaran yang berterusan.
Secara ringkas, lazimnya kita tidak dapat mengawal komunikasi pihak lain, justeru kesabaran kita sendiri dalam berkomunikasi akan banyak membantu kita menjadi berhikmah dalam penyampaian.
Komunikasi secara efektif sangat penting dalam kehidupan baik kerjaya atau dakwah. Semoga dengan mencontohi Rasulullah SAW, kita dapat mempraktikkan komunkasi efektif yg bukan sahaja berkesan malah menonjolkan akhlak islami.
Subscribe to:
Posts (Atom)

